Wednesday, June 25, 2014

KENALI KULIT ANDA

Tahukan anda?? Bahawa pemilihan jenis kosmetik, penggunaan skincare serta rawatan kulit yang berkesan adalah sangat bergantung kepada jenis kulit yang kita miliki. Sekiranya, kita tersalah dalam membuat pemilihan produk skincare atau makeup yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit. Ianya akan mengundang lebih banyak masalah ataupun penggunanan produk tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada kulit wajah kulit.

Jenis kulit wajah dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma. Kulit wajah boleh dikelaskan kepada enam jenis, iaitu kulit normal, berminyak, kombinasi , kering , matang dan sensitive. Jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, usia, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang kita gunakan. Justeru itu, pemilihan produk yang berasaskan bahan semulajadi dapat membantu penjagaan kulit wajah kita dari peringkat awal.



KULIT NORMAL


Kulit jenis biasa ( normal ), kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit baby. Kurniaan Allah kepada si pemilik.  Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau  kering dan iannya bebas dari sebarang masalah kulit. Penjagaan yang simple dan ringkas sudah mencukupi.
Cara mengetahui kulit anda termasuk dalam jenis kulit normal atau tidak dengan mengusap wajah dengan tisu pada pagi hari. Jika tidak ada minyak yang melekat, tisu kelihatan kering bermakna kulit anda termasuk dalam kategeri kulit normal.


KULIT BERMINYAK


Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah(jerawat akibat penyumbatan pada pori-pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disamping factor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. 

Namun begitu, kebaikan kulit jenis ini adalah melambatkan proses penuaan. Tetapi masalah-masalah yang biasa dihadapi adalah seperti :-
  • Jerawat
  • Blackhead
  • Pori-pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak.


KULIT KOMBINASI


Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak, keadaan pori-pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.
Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya kulit sentiasa kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, ia bergantung kepada penjagaan, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon


Masalah-masalah yang biasa mungkin dihadapi :-

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata.
  • Muka kering
  • Jeragat
  • Whitehead ( Milia Seed )


KULIT KERING


Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak,lembab atau kedua-dua sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin, pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun yang buih berlebihan), kurang air dan ubat-ubatan (medications-roaccutane).


Masalah-masalah yang biasa dihadapi adalah :-

  • Kedut / garis-garis halus
  • Bintik-bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed)
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam


TIPS : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!

KULIT MATANG


Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau kelenjar minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak sebum. Ini disebabkan factor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada panas terik atau penghawa dingin dia awal usia.

Selain itu, penggunann pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun yang buih berlebihan ), kurang minum air dan kurangnya vitamin menyebabkan kejadian kulit matang ini. Ciri0ciri kulit matang seperti:-

  • Kedutan / Garis Tebal
  • Kulit berkedut dan jatuh
  • Tiada penjagaan kulit dari awal usia
  • Disebabkan oleh makanan yang tidak seimbang atau salah guna produk.


KULIT SENSITIF


Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luaran. Perubahan cuaca boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, merah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut.

Cuba fikirkan sejenak aktiviti harian kita, terutama apa yang kita makan, jenis produk, skin care yang kita gunakan dan keadaan persekitaran kita. Tempat selalu kita lepak, bersantai, kerja dalam airvond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran yang menyumbang kepada kulit sensitive.

Kita boleh lihat keadaan sensitive ini berlaku apabila :

  • Penggunaan produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut atau apa-apa bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Semasa stress

Simptom semasa kulit sensitive

  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam / Jerawat

TIPS : Jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Laury Sulfate.
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Zarraz Paramedical ©