Saturday, July 12, 2014

MASALAH OPEN PORES/ LIANG PORI BESAR


Wajah yang halus, lembut, gebu dan putih tanpa sebarang tanda noda, disertai dengan perwatakan serta penampilan menarik membuatkan sesiapa saja memandang pasti tertawan. Secara tidak langsung akan meningkat prestasi kerjaya dan keyakinan diri anda. Sekiranya dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kulit brjerawat, berminyak dan liang pori tampak besar dan kasar, semestinya anda gagal mencuri perhatian serta tumpuan orang sekeliling dengan pandangan positive. Situasi sebegini boleh menbuatkan tahap keyakinan diri kita jatuh merundum.

PUNCA LIANG PORI BESAR
·         Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan.
·         Merokok
·         Penuaan
·         Genetik
·         Mengambalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan .
·         Perubahan hormone akibat menopaus dan semasa hamil.

Semua orang berkeinginan memilik wajah jelita seperti bidadari ataupun seumpama Siti Nurhazliza. Namun begitu, bukan mudah sekiranya anda tidak mampu mendisiplinkan diri anda untuk menjaga, membersih dan merawat kulit, melainkan memang anda telah dianugerahkan dengan kulit yang mulus dan gebu sejak azali lagi.

Kebiasaannya, apabila memasuki usia remaja pelbagai masalah kulit mula melanda akibat perubahan hormon dan ianya berterusan sehingga ke usia matang. Masalah kulit bukan hanya merunsingkan kaum hawa malahan kaum adam juga tidak terkecuali dari masalah ini. Selain faktor perubahan hormon, pendedahan kepada cahaya matahari dan gaya hidup anda juga menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

Tahukah Anda?

Seseorang individu itu mempunya lebih 300,000 liang pori-pori  pada wajah mereka. Umumnya, setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar,saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hngga 50 tahun. Keadaan itu menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata. Pada ketika inilah selalu kita akan terdetik mahukan kulit seperti baby lembut dan mulus.

Liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen.Berdasarkan kajian yang dilakukan kepada testis lelaki dan ovari wanita, liang roma akan membesar serta merta dan mengeluarkan minyak (sebum) selari dengan perubahan hormon apabila meningkat dewasa.

OPEN PORES/ LIANG PORI YG BESAR

Perubahan pori-pori besar juga bergantung kepada genetik diwarisi ibubapa, faktor usia dan status hormon. Selain itu, amalan gaya hidup menyumbang kepada pembesaran liang pori-pori, dimana pendedahan kepada sinaran cahaya secara terus akan memberi kesan buruk kepada kulit anda. Foktor cuaca di Malaysia yang panas serta pencemaran alam sekitar juga menyebabkan kulit mudah rosak, kendur, melemahkan struktur liang roma dan akan menyumbang kepada pembesaran saiz liang roma anda.

Liang pori-pori akan semakin besar jika anda kerap memicit jerawat, bagaimanapun penggunaan produk yang sesuai dan amalan penggunaan yang konsisten dapat membantu mengurangkan masalah liang roma besar atau terbuka ini.

Wanita vs Lelaki??
 
Apabila berbicara mengenai kecantikan, biasanya kaun wanita lebih peka atau bimbiang akan sebarang masalah yang berkaitan dengan kulit terutamanya bila permasalahan tertumpu pada wajah jika dibandingkan dengan lelaki. Begitu juga dengan masalah liang pori terbuka, wanita lebih merasai ketidakselesaan pada wajah apabila berhadapan dengan situasi open pori ini.

Namun begitu, berdasarkan kajian liang pori-pori lelaki lebih besar daripada wanita kerana lebih banyak androgen dalam badan iaitu testosteron dan dihydrotestosterone (DHT) yang bertanggungjawab menyerang kalenjar minyak. Bagaimanapun, jika anda mengamalkan rejim penjagaan kecantikan liang pori-pori akan menjadi lebih kecil.

Menurut Pakar Dermatologi dan Kecantikan, apabila minyak kalenjar lebih sensitif kepada androgen dan tahap androgen lebih tinggi sekaligus akan menyebabkan lebih banyak minyak terhasil. Bagi anda yang memiliki kulit kering liang pori-pori tidak begitu kelihatan berbanding anda yang memiliki kulit berminyak. 

Bolehkah Anda Mengecilkan Liang pori itu??

Sebenarnya, pori-pori yang besar boleh dikecilkan atau dihilangkan terus dengan memperbaiki sell-sell kulit dengan penggunan produk yang betul dan konsisten. Namun begitu, anda perlu bersabar dalam proses membaikpulih kulit wajah anda kerana proses untuk menutupkan terus liang pori ini memasak masa sedikit.

Produk yang anda pilih mestilah yang dapat membantu dari segi:-
·         Mengecilkan saiz liang pori
·         Membersihkan liang pori supaya tidak tersumbat lagi.
·         Menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang yang tersumbat tadi.

Nota penting untuk anda, liangpori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan dinding liang pori menebal dan menyebabkan kecacatan kekal. Kalau anda perhatikan, terdapat individu yang kulit mukanya berlubang-lubang terlampau besar terutamanya lelaki sebab mereka kurang peka dalam penjagaan kulit wajah.

Justeru itu, anda perlu sentiasa mencuci muka dengan pembersih yang sesuai, menyingkirkan bakteria, kekotaran dan lebihan minyak  serta jangan biarkan kulit terdedah secara terus kepada pancaran matahari dimuka yang boleh menjadi penyebab kepada liang tersumbat. Kekalkan kelembapan kulit yang sewajarnya supaya kulit tidak kering dan pedih.Pastikan juga kulit anda mendapat kolagen yang mencukupi dan kekalkan hidrat.Ini penting bagi memastikan sel-sel lebih kukuh dan tegang.Dengan penjagaan yang konsisten dan penggunaan produk yang terbaik dapat mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
RANGKAIAN PRODUK SKIN CARE ZARRAZ PARAMEDICAL
Produk Zarraz Paramedical merupakan produk skin care yang mampu mengembalikan kulit remaja anda tanpa proses penyelupasan dan menyakitkan kulit wajah anda. Dimana penghasilan produk Zarraz adalah berasaskan alam semulajadi yang telah terbukit keberkesanannya.Ini diakuai oleh pengguna-pengguna produk Zarraz Paramedical. Disarankan anda untuk mendapatkan Set Produk SkinCare Zarraz Paramedical bagi merawat masalah "open pores" ini. Dengan penggunaan yang betul, anda akan merasai dan melihat perbezaan yang nyata dan jelas.

Berikut adalah 6 item produk zarraz yg perlu bagi merawat masalah open pores/ liang pori besar:

1.    Calming Cleanser Milk
2.    Firming Cleanser
3.    Refreshing Hydrating Lotion (toner)
4.    Essence Sebum Gel
5.    Sun Proctection SPF50
6.    Clarifying Renewal Mask ( seminggu sekali ) 

Sun Proctection SPF50
Calming Cleanser Milk
Essence Sebum Gel
Refreshing Hydrating Lotion (toner)
Firming Cleanser
 Clarifying Renewal Mask







***Sila lihat penerangan tentang produk ini dan cara penggunaan yang betul dalam "produk zarraz" atau berhubung terus dengan kami - 

1. sms/ whatsapp - 0138541998
2. Facebook - meini agus
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Zarraz Paramedical ©